Friday, October 16, 2009

Lagi gambar kawin....

Pengantin Baru.. semoga berkekalan ke akhir hayat


Tuan punya blog bersama anak kesayangan


Ayah pengantin lelaki bersama dengan saudaranya...


Pengantin lelaki bersiap menunggu pengantin perempuan

Wednesday, October 14, 2009

Adik Jantan Menamatkan Zaman Bujang nyee...



Pada hari raya Aidilfitri yang ke 3, adik jantanku telah menamatkan zaman bujangnye.... Gambar-gambar yang aku showkan di sini adalah masa bekwoss (kenduri) menyambut menantu..

Bergambar kenangan dgn suami tercintaa


Juru Mekap yang tak ada tauliah hehehehe


Yang ni juru sibuk..heheh



Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Hari ni hari terakhir sebelum aku balik kampung.... Esok Jumaat, penghulu segala hari dan tanggal 18hb September 2009, kami sekeluarga akan berangkat pulang ke Kelantan untuk menyambut hari raya bersama keluarga tercinta.

Raya pertama disambut di rumah mertua di Pasir Mas, raya ke 2 dan ke 3 disambut dirumah aku di Pasir Puteh, ke 4 Pasir Mas dan ke 5 di Pasir Puteh. Raya ke 2 akad nikah adik lelaki aku dan raya ke 3 kenduri di rumah pengantin perempuan di Tumpat.

Raya ke 5 kenduri menyambut menantu di rumah aku di Pasir Puteh. Ramai org tnya mak aku kenapa buat kenduri waktu raya? nanti jalan jem. Memang tak dapat dinafikan kalau hari raya memang jem giler2. kalau dari Pasir Puteh ke Pasir Mas kalau waktu biasa perjalanan cuma dalam 40 minit jer. tp kalau hari raya, jadi 2-3 jam. Tp alasan mak, aku setelah dibincangkan dengan anak2 yang bermastautin di luar negeri kelantan, waktu raya la semua balik. kalau nak wat kenduri waktu lain, ramai anak2 dia yang tak leh balik coz kekangan kerja...

Dikesempatan aku mengedit blog atas nasihat abe jak ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung blog aku... Semoga Aidilfitri kali ini membawa sinar bahagia untuk semua umat Islam.


Kalau nak datang rumah jangan lupa bawa 'angpau' raya untuk aku skali yer...kih kih kih

Wednesday, August 19, 2009

Gambar Untuk Tatapan


Merenung kamera

Lepak dalam keter

Bersama mama..

Nangis... waktu ni tengah demam kuat

Sengih kat papa ni

Cermin diri

Main dengan remote tv

Tuesday, August 18, 2009

Kelas Cancel??

Pagi-pagi tadi hasben aku tnya, "bukan ke hari ni kelas kul 8?". Aku termenung sejenak...mengingat-ingat balik jadual... ye la... hari ni hari Rabu.. alamak...lupa nak print nota ni... So dengan tergesa-gesa, aku terus jer amik beg Syahmi, beg aku.. salam dengan hasben then terus naik keter....

Sampai di opis, 10 minit lg nak kul 8. Cepat2 aku buka komputer... print nota untuk kelas sat lagi... siap prepare, tgk jam dah 8.05 pagi... huh dah lewat ni...terkocoh-kacah aku ke JTMK, amik kunci BKJ then terus naik ke kelas tingkat 2. Sampai depan pintu kelas, ada student duk tunggu depan kelas... so aku masuk kelas, buka lampu then terus menonong ke meja pensyarah...

Tp heran aku, awat student depan kelas tu tak masuk?? bila aku tanya, rupanya bukan student aku... rupanya student org lain... so aku tunggu lagi student datang.. waktu tu jam dah 8.15 pg. Then ada sorang student jenguk kelas aku...

"Puan, mana yang lain? kenapa depa tak datang?"
"Ha, saya yang sepatutnya tanya awak, mana kawan-kawan awak yang lain?"
" Saya tak tau, saya duk luar. Lagipun hset saya tertinggal hari ni".

Aku pun amik hset, mesej ketua kelas.

" Bukan ke kelas saya kul 8? mana semua orang?" Duk seminit lepas tu .. tit tit bunyi mesej.. aku buka baca

Ketua kelas : "Sory puan. Kami ingat kelas cancel".

Aduh...kepala aku dah naik bengang... aku balas balik

Aku : " Bila masa saya mesej awak cakap cancel kelas? Macam mana awak semua
boleh assume kata kelas tadak??".
Ketua kelas : " Sory puan, kami silap mesej. Kami datang sekarang puan "
Aku : " Takpe lah... awak tido la kat bilik tu. Skrg pun dah kul 8.25. Kelas habis kul 9.
Saya nak ajar awak apa?"

Kemudian aku dengan bengang dan panas hatinya blah balik ke JMSK. Sebelum balik sempat lg aku jumpa dgn KJ JTMK cakap kat dia student aku tak datang. KJ kata " KOT DIORANG INGAT HANG BUKAN LECTURER JTMK KOT !!"

So, aku cakap kat KJ JTMK - "HANG BOLEH BLAH." Dan aku terus blah dr JTMK. Sambil tu aku tengok muka si KJ JTMK yang tersenyum sumbing macam kambing..

Monday, August 17, 2009

Melihat Positif dalam Negatif

Ni aku nak kongsi emel yang aku dapat dari member - member :

1. Untuk suami/isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam, BERSYUKUR kerana
    beliau tidur disisi kita, bukan dengan orang lain. 
  
2. Untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan,
    BERSYUKUR kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.
    
3. Untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, BERSYUKUR kerana itu
bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.
  
4. Untuk pakaian kita yang dah tak muat, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita
    cukup makan. 
  
5. Untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah yang
    perlu dikemas, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal. 
  
6. Untuk bunyi bising jiran-jiran, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita masih
    lagi boleh mendengar. 
  
7. Untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok, BERSYUKUR kerana itu
    bermakna kita ada pakaian untuk dipakai. 
  
8. Untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, BERSYUKUR kerana
    itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat. 
  
9. Untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, BERSYUKUR kerana itu
    bermakna kita masih berupaya untuk berjalan. 
  
10.Untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, BERSYUKUR kerana itu
      bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut... 
  

Thursday, August 13, 2009

H1N1

Hari Selasa, aku ganti KJ ke meeting pengurusan. Dalam meeting tu di jemput 4 orang doktor dari Kangar. Doktor ni bagitau, kat PTSS dah 6 orang yang dijangkiti virus H1N1. Dan yang selebihnya tu ada simptom-simptom ajer... tapi kebanyakan student yang ada simptom tu dah dikuarantin la... Kata doktor lagi wabak H1N1 ni dijangka akan berterusan sehingga pertengahan tahun depan.

Tp timbul plak masalah baru, student-student yang kena kuarantin ni dah melanggar arahan pengetua asrama... dioarang keluar juga dari rumah kuarantin tu dengan alasan sayang nak tinggalkan kuliah... Please la wahai student-student PTSS yang kena kuarantin. Tolong jangan datang ke kelas kalau dah kena kuarantin tu... boleh membahayakan orang lain... tolong fikir orang lain sama...jangan pikir diri sendiri jer.... Pelajaran yang tertinggal tu nanti cover la balik... bila dah sihat nanti, jumpa lecturer, tnya apa yang diorang dah ajar.

Pastu, aku dapat tau lagi dari student-student ku, ada pelajar yang demam, batuk dan selsema tapi tak mau cek kat klinik sebab takut dikuarantin.... adoiiii... wahai student-student sekalian... awak seemua tak sayang nyawa ke??? biar ler kalau kena kuarantin, yang penting kesihatan tu pulih...

Kesihatan tak dapat di beli dengan wang.... kesihatan juga tak dapat dibeli dengan kasih sayang... Mari la kita warga PTSS sama-sama menghindari wabak H1N1 ni.... Nasihat doktor lagi, minum air masak sebanyak yang boleh kerana kekurangan air dalam badan akan menyebabkan virus H1N1 lagi senang nak serang paru-paru.

Antara simptom H1N1 yang diberitahu oleh doktor hari tu :
1) Kurang kencing
2) Batuk berpanjangan, sakit tekak
3) Demam berpanjangan
4) Sakit badan

Lagi satu, kita akan dijangkiti wabak ini sekiranya berhubungan / berkomunikasi dengan pengidap H1N1 dari jarak 3 kaki dan selama 4 jam. Sama-sama la kita berdoa agar dijauhi Allah dari penyakit ini.. Amiiinnn....

Monday, July 27, 2009

Syahmi Demam

Jumaat, 17 Julai 09, 5.15 ptg, aku ke Taska untuk ambil Syahmi. Waktu tu dia tidur dalam buai... bila aku angkat jer Syahmi, badan dia panas. Sampai umah, terus bagi ubat demam yang dah sedia ada dalam peti ais.

Sabtu, demam Syahmi tak kebah-kebah juga.. malah makin panas badan dia... test dengan termometer..mak oii... 39 .. panasnyer... petang tu terus wat pi klinik Azhar dekat Changlun.. dia bagi ubat demam, ubat batuk, ubat selsema dan juga antibiotik...mlm Syahmi bgn pukul 3 pagi.. merengek dan mengerang... test lagi suhu dia... alamak...dah menjangkau 40... terus amik sapu tangan, celup air asam jawa dan lap badan dia...takuttt tarik...kalau ore kelate kata NYETOK...
Ahad - Selasa, demam Syahmi tak kebah-kebah juga... kalau suhu turun pun dalam 38-39 jer...tu pun tahan 2-3 jam jer pastu naik balik sampai 40..risau tak terkata...malam dia bangun merengek... sedih hati aku tgk tangan Syahmi sampai terketar-ketar, nampak mcm seakan-akan biru kesejukan tangan dia...

Rabu, bawa Syahmi jumpa pakar kanak-kanak.. doktor cakap ada jangkitan kuman kat paru-paru tp belum teruk lagi... kerongkong dah bengkak dan luka..sebab tu dia tak mau makan dan minum, kahak banyak dalam paru-paru.... doktor bagi 4 jenis ubat... doktor bagi surat sokongan untuk kbuat nebulizer... so selama 3 hari ler aku duk ulang-alik ke PKU UUM untuk buat nebulizer. 2x sehari plak tu...

Sekarang Syahmi dah ok. Alhamdulillah..minta Allah jauhkan segala penyakit dari Syahmi.. Mama ambil cuti sampai seminggu untuk jaga Syahmi... semoga Syahmi dilindungi Allah selalu.. Mama Sayang Syahmi....

Syahmi waktu demam teruk..



Saturday, July 11, 2009

Hujan....

Dari pukul 3.30 ptg hujan turun tak berhenti-henti lagi... sekarang dah pukul 7. Risau juga sebab sepanjang aku tinggal di sini selama 6 tahun, dah pernah banjir dah skali... waktu tu seluruh kedah dilanda banjir... kebetulan plak waktu banjir tu, aku berada di Penang.. bila balik ke Changlun, terpaksa melalui jalan-jalan kampung yang tak di sekat oleh air.

Sebelum ni tak pernah berlaku banjir. TP bila banyak perumahan baru dah naik macam Taman Khaya tu, perumahan kami jadi rendah... air dari taman baru turun ke taman lama...kalau setakat air putih biasa tu blh tahan lagi.. tp masalahnya air yang turun adalah air tanah merah. Setiap kali hujan lebat tak berhenti selama 3-4 jam, kami terpaksa mencuci simen rumah sebab air tanah merah telah mengotorkan simen depan rumah kami...

Itulah yang men'tension'kan kami.... Kat sini aku nak tunjukkan 3 keping gambar takungan air di halaman rumah apabila hujan lebat.











Dari pintu dapur rumah









Dari pintu hadapan rumah

Boring dan Bosan

Petang Sabtu 11 Julai 09... Hujan agak lebat... Anakku Syahmi plak tido... boring dan bosan tak terkata... lalu aku buka laptop... terlintas di hati nak jenguk blog yang memang dah lama tak terusik oleh nukilan-nukilanku...

Terlanjur aku menjenguk blok ini, aku nak show kan gambar-gambar Muhammad Afif Syahmi yang sudah pun berumur 10 bulan.... giginya dah ada 8 batang.... suka menggigit jari mama dia... pagi-pagi bila nak hantar ke taska, dah pandai tak mau duk situ...tangan dia kemas peluk tengkuk aku sambil nangis..... sedih hati mama...kalau ikutkan, mama nak jaga Syahmi 24 jam. Nak duduk disamping SYahmi... tp nak buat macam mana... tugas perlu dilaksanakan.... Harap Syahmi dapat fahami mama.......
Syahmi Meniarap


Sibuk dengan mainan-mainannya...



Senyuman manis untuk papa dan mama...

Tuesday, June 23, 2009

Kembali......

Rasa dah lama tak menulis dalam blog
Busy yg terlampau rasanya sebelum Audit dr SIRIM datang.
Selepas audit pun macam macam juga nak kena buat.
Kerja kualiti ni bersambung-sambung dan tak putus-putus. Rasa macam berat juga kepala, maklum la aku ni org yang tak berkualiti...tetiba jer boleh involve dengan unit kualiti.

Walau bagaimanapun, sem baru ni aku tak mau nak stress-stress pasal kerja... aku nak bekerja sambil merelakskan minda. Tp boleh ke??? Aku pun tak tau...