Friday, October 16, 2009

Lagi gambar kawin....

Pengantin Baru.. semoga berkekalan ke akhir hayat


Tuan punya blog bersama anak kesayangan


Ayah pengantin lelaki bersama dengan saudaranya...


Pengantin lelaki bersiap menunggu pengantin perempuan

Wednesday, October 14, 2009

Adik Jantan Menamatkan Zaman Bujang nyee...



Pada hari raya Aidilfitri yang ke 3, adik jantanku telah menamatkan zaman bujangnye.... Gambar-gambar yang aku showkan di sini adalah masa bekwoss (kenduri) menyambut menantu..

Bergambar kenangan dgn suami tercintaa


Juru Mekap yang tak ada tauliah hehehehe


Yang ni juru sibuk..heheh



Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Hari ni hari terakhir sebelum aku balik kampung.... Esok Jumaat, penghulu segala hari dan tanggal 18hb September 2009, kami sekeluarga akan berangkat pulang ke Kelantan untuk menyambut hari raya bersama keluarga tercinta.

Raya pertama disambut di rumah mertua di Pasir Mas, raya ke 2 dan ke 3 disambut dirumah aku di Pasir Puteh, ke 4 Pasir Mas dan ke 5 di Pasir Puteh. Raya ke 2 akad nikah adik lelaki aku dan raya ke 3 kenduri di rumah pengantin perempuan di Tumpat.

Raya ke 5 kenduri menyambut menantu di rumah aku di Pasir Puteh. Ramai org tnya mak aku kenapa buat kenduri waktu raya? nanti jalan jem. Memang tak dapat dinafikan kalau hari raya memang jem giler2. kalau dari Pasir Puteh ke Pasir Mas kalau waktu biasa perjalanan cuma dalam 40 minit jer. tp kalau hari raya, jadi 2-3 jam. Tp alasan mak, aku setelah dibincangkan dengan anak2 yang bermastautin di luar negeri kelantan, waktu raya la semua balik. kalau nak wat kenduri waktu lain, ramai anak2 dia yang tak leh balik coz kekangan kerja...

Dikesempatan aku mengedit blog atas nasihat abe jak ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung blog aku... Semoga Aidilfitri kali ini membawa sinar bahagia untuk semua umat Islam.


Kalau nak datang rumah jangan lupa bawa 'angpau' raya untuk aku skali yer...kih kih kih

Wednesday, August 19, 2009

Gambar Untuk Tatapan


Merenung kamera

Lepak dalam keter

Bersama mama..

Nangis... waktu ni tengah demam kuat

Sengih kat papa ni

Cermin diri

Main dengan remote tv

Tuesday, August 18, 2009

Kelas Cancel??

Pagi-pagi tadi hasben aku tnya, "bukan ke hari ni kelas kul 8?". Aku termenung sejenak...mengingat-ingat balik jadual... ye la... hari ni hari Rabu.. alamak...lupa nak print nota ni... So dengan tergesa-gesa, aku terus jer amik beg Syahmi, beg aku.. salam dengan hasben then terus naik keter....

Sampai di opis, 10 minit lg nak kul 8. Cepat2 aku buka komputer... print nota untuk kelas sat lagi... siap prepare, tgk jam dah 8.05 pagi... huh dah lewat ni...terkocoh-kacah aku ke JTMK, amik kunci BKJ then terus naik ke kelas tingkat 2. Sampai depan pintu kelas, ada student duk tunggu depan kelas... so aku masuk kelas, buka lampu then terus menonong ke meja pensyarah...

Tp heran aku, awat student depan kelas tu tak masuk?? bila aku tanya, rupanya bukan student aku... rupanya student org lain... so aku tunggu lagi student datang.. waktu tu jam dah 8.15 pg. Then ada sorang student jenguk kelas aku...

"Puan, mana yang lain? kenapa depa tak datang?"
"Ha, saya yang sepatutnya tanya awak, mana kawan-kawan awak yang lain?"
" Saya tak tau, saya duk luar. Lagipun hset saya tertinggal hari ni".

Aku pun amik hset, mesej ketua kelas.

" Bukan ke kelas saya kul 8? mana semua orang?" Duk seminit lepas tu .. tit tit bunyi mesej.. aku buka baca

Ketua kelas : "Sory puan. Kami ingat kelas cancel".

Aduh...kepala aku dah naik bengang... aku balas balik

Aku : " Bila masa saya mesej awak cakap cancel kelas? Macam mana awak semua
boleh assume kata kelas tadak??".
Ketua kelas : " Sory puan, kami silap mesej. Kami datang sekarang puan "
Aku : " Takpe lah... awak tido la kat bilik tu. Skrg pun dah kul 8.25. Kelas habis kul 9.
Saya nak ajar awak apa?"

Kemudian aku dengan bengang dan panas hatinya blah balik ke JMSK. Sebelum balik sempat lg aku jumpa dgn KJ JTMK cakap kat dia student aku tak datang. KJ kata " KOT DIORANG INGAT HANG BUKAN LECTURER JTMK KOT !!"

So, aku cakap kat KJ JTMK - "HANG BOLEH BLAH." Dan aku terus blah dr JTMK. Sambil tu aku tengok muka si KJ JTMK yang tersenyum sumbing macam kambing..

Monday, August 17, 2009

Melihat Positif dalam Negatif

Ni aku nak kongsi emel yang aku dapat dari member - member :

1. Untuk suami/isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam, BERSYUKUR kerana
    beliau tidur disisi kita, bukan dengan orang lain. 
  
2. Untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan,
    BERSYUKUR kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.
    
3. Untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, BERSYUKUR kerana itu
bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.
  
4. Untuk pakaian kita yang dah tak muat, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita
    cukup makan. 
  
5. Untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah yang
    perlu dikemas, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal. 
  
6. Untuk bunyi bising jiran-jiran, BERSYUKUR kerana itu bermakna kita masih
    lagi boleh mendengar. 
  
7. Untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok, BERSYUKUR kerana itu
    bermakna kita ada pakaian untuk dipakai. 
  
8. Untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, BERSYUKUR kerana
    itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat. 
  
9. Untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, BERSYUKUR kerana itu
    bermakna kita masih berupaya untuk berjalan. 
  
10.Untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, BERSYUKUR kerana itu
      bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut... 
  

Thursday, August 13, 2009

H1N1

Hari Selasa, aku ganti KJ ke meeting pengurusan. Dalam meeting tu di jemput 4 orang doktor dari Kangar. Doktor ni bagitau, kat PTSS dah 6 orang yang dijangkiti virus H1N1. Dan yang selebihnya tu ada simptom-simptom ajer... tapi kebanyakan student yang ada simptom tu dah dikuarantin la... Kata doktor lagi wabak H1N1 ni dijangka akan berterusan sehingga pertengahan tahun depan.

Tp timbul plak masalah baru, student-student yang kena kuarantin ni dah melanggar arahan pengetua asrama... dioarang keluar juga dari rumah kuarantin tu dengan alasan sayang nak tinggalkan kuliah... Please la wahai student-student PTSS yang kena kuarantin. Tolong jangan datang ke kelas kalau dah kena kuarantin tu... boleh membahayakan orang lain... tolong fikir orang lain sama...jangan pikir diri sendiri jer.... Pelajaran yang tertinggal tu nanti cover la balik... bila dah sihat nanti, jumpa lecturer, tnya apa yang diorang dah ajar.

Pastu, aku dapat tau lagi dari student-student ku, ada pelajar yang demam, batuk dan selsema tapi tak mau cek kat klinik sebab takut dikuarantin.... adoiiii... wahai student-student sekalian... awak seemua tak sayang nyawa ke??? biar ler kalau kena kuarantin, yang penting kesihatan tu pulih...

Kesihatan tak dapat di beli dengan wang.... kesihatan juga tak dapat dibeli dengan kasih sayang... Mari la kita warga PTSS sama-sama menghindari wabak H1N1 ni.... Nasihat doktor lagi, minum air masak sebanyak yang boleh kerana kekurangan air dalam badan akan menyebabkan virus H1N1 lagi senang nak serang paru-paru.

Antara simptom H1N1 yang diberitahu oleh doktor hari tu :
1) Kurang kencing
2) Batuk berpanjangan, sakit tekak
3) Demam berpanjangan
4) Sakit badan

Lagi satu, kita akan dijangkiti wabak ini sekiranya berhubungan / berkomunikasi dengan pengidap H1N1 dari jarak 3 kaki dan selama 4 jam. Sama-sama la kita berdoa agar dijauhi Allah dari penyakit ini.. Amiiinnn....