Hari ni hari terakhir sebelum aku balik kampung.... Esok Jumaat, penghulu segala hari dan tanggal 18hb September 2009, kami sekeluarga akan berangkat pulang ke Kelantan untuk menyambut hari raya bersama keluarga tercinta.
Raya pertama disambut di rumah mertua di Pasir Mas, raya ke 2 dan ke 3 disambut dirumah aku di Pasir Puteh, ke 4 Pasir Mas dan ke 5 di Pasir Puteh. Raya ke 2 akad nikah adik lelaki aku dan raya ke 3 kenduri di rumah pengantin perempuan di Tumpat.
Raya ke 5 kenduri menyambut menantu di rumah aku di Pasir Puteh. Ramai org tnya mak aku kenapa buat kenduri waktu raya? nanti jalan jem. Memang tak dapat dinafikan kalau hari raya memang jem giler2. kalau dari Pasir Puteh ke Pasir Mas kalau waktu biasa perjalanan cuma dalam 40 minit jer. tp kalau hari raya, jadi 2-3 jam. Tp alasan mak, aku setelah dibincangkan dengan anak2 yang bermastautin di luar negeri kelantan, waktu raya la semua balik. kalau nak wat kenduri waktu lain, ramai anak2 dia yang tak leh balik coz kekangan kerja...
Dikesempatan aku mengedit blog atas nasihat abe jak ini, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung blog aku... Semoga Aidilfitri kali ini membawa sinar bahagia untuk semua umat Islam.
Kalau nak datang rumah jangan lupa bawa 'angpau' raya untuk aku skali yer...kih kih kih
Wednesday, September 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment