Saturday, June 21, 2008

Berkelah di Bukit Air



Tepat jam 2.oo petang, aku dan Asma' bertolak ke kawasan perkelahan Bukit Air....walaupun dua orang ajer, disebabkan terlampau boring duk kat rumah, aku terus plan untuk berkelah. Sesampainya di Bukit Air, pengunjung tak ler ramai sangat. Mungkin disebabkan oleh cuaca yang agak mendung....Syoknye bila air bukit yang sejuk tu menyentuh kulit....fuhh...

Dirimu kurindu



Pulang ke Kedah pada 23hb Jun 2008.
Flight 8.00 mlm.

Friday, June 20, 2008

Petua

Sentiasa Awet Muda
Ambil kunyit hidup yg muda. Kemudian makan kunyit tersebut sebagai ulam. Amalkan setiap hari atau 2 kali seminggu. Insyaallah...

Menghilangkan Tanda Pada Siku dan Lutut
Sapukan kapur dan minyak zaitun di atas daun sirih dan gosokkan pada siku dan juga lutut. DIikuti dengan selawat.

Tuesday, June 17, 2008

Abe Dan


Hari ni baru berkesempatan nak menulis kat blog. Sori yer Abe Jak, tak dan ler nak tulis.... Apa yang aku nak tunjukkan kat sini ialah gambar yang aku edit untuk Abe Dan... Lawa tak Abe Dan kita?? hehehhe... Untuk pengetahuan semua, Abe Dan kita ni masih ada 3 tempat kosong.... Tahniah untuk Abe Dan di atas Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2007. Depa pi terima anugerah tu dekat Politeknik Ungku Omar kat Ipoh, Perak.... Waktu tu duk dalam dewan tu. Bila Abe Dan nak belanja kami makan ni??? Lapaaaaqqq ni..... RFC buleh tak Abe Dan??? buleh la.....

Wednesday, June 11, 2008

Aku budak baru belajar

Hari ni 12 Jun 2008, Abe Jak tolong ajarkan aku buat blog.... Aku tak sempat lagi nak meng'edit' aku punya blok coz kerja lain berlambak-lambak lagi aku nak buat...huhhuhu...biasa la akhir-akhir sem ni...dengan paper yang nak dimarking, dengan paper yang perlu dicek markah-markahnyer....tambahan plak, aku sekarang ni tengah menjalani kursus PL/SQL...Lagi ler bertambah beban kerja aku....Sekali sekala terpikir juga...syoknyer kalau duk kat rumah, goyang kaki jer...Tapi gaji masuk...kan??? kepala hotak kau...saper yang nak bagi gaji buta macam tu....Anyway...aku nak sambung balik kerja aku...sajer jer aku menulis ni pun nak menghilangkan tension marking paper....