Hari Selasa, aku ganti KJ ke meeting pengurusan. Dalam meeting tu di jemput 4 orang doktor dari Kangar. Doktor ni bagitau, kat PTSS dah 6 orang yang dijangkiti virus H1N1. Dan yang selebihnya tu ada simptom-simptom ajer... tapi kebanyakan student yang ada simptom tu dah dikuarantin la... Kata doktor lagi wabak H1N1 ni dijangka akan berterusan sehingga pertengahan tahun depan.
Tp timbul plak masalah baru, student-student yang kena kuarantin ni dah melanggar arahan pengetua asrama... dioarang keluar juga dari rumah kuarantin tu dengan alasan sayang nak tinggalkan kuliah... Please la wahai student-student PTSS yang kena kuarantin. Tolong jangan datang ke kelas kalau dah kena kuarantin tu... boleh membahayakan orang lain... tolong fikir orang lain sama...jangan pikir diri sendiri jer.... Pelajaran yang tertinggal tu nanti cover la balik... bila dah sihat nanti, jumpa lecturer, tnya apa yang diorang dah ajar.
Pastu, aku dapat tau lagi dari student-student ku, ada pelajar yang demam, batuk dan selsema tapi tak mau cek kat klinik sebab takut dikuarantin.... adoiiii... wahai student-student sekalian... awak seemua tak sayang nyawa ke??? biar ler kalau kena kuarantin, yang penting kesihatan tu pulih...
Kesihatan tak dapat di beli dengan wang.... kesihatan juga tak dapat dibeli dengan kasih sayang... Mari la kita warga PTSS sama-sama menghindari wabak H1N1 ni.... Nasihat doktor lagi, minum air masak sebanyak yang boleh kerana kekurangan air dalam badan akan menyebabkan virus H1N1 lagi senang nak serang paru-paru.
Antara simptom H1N1 yang diberitahu oleh doktor hari tu :
1) Kurang kencing
2) Batuk berpanjangan, sakit tekak
3) Demam berpanjangan
4) Sakit badan
Lagi satu, kita akan dijangkiti wabak ini sekiranya berhubungan / berkomunikasi dengan pengidap H1N1 dari jarak 3 kaki dan selama 4 jam. Sama-sama la kita berdoa agar dijauhi Allah dari penyakit ini.. Amiiinnn....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
ekceli 6 org yg positif tuhanya diambil dari 6 org sbg sampel... kala semua diambil sampel, mungkin bilangan nya akan lebih lg
Post a Comment